Pengkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak terletak di dalam daerah Alor Gajah Melaka.Ramai pengunjung datang terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Dari jauh kelihatan di tengah laut perahu-perahu kecil nelayan pesisiran pantai sedang menangkap ikan dan udang. Bebagai aktiviti boleh dilakukan seperti berkelah, mandi manda,memancing dan lain-lain.
Di waktu malam pula, para pengunjung boleh menikmati makanan laut dari beberapa gerai ikan bakar di pantai pengkalan balak ini.
Penginapan kami dibahagikan kepada Seraya Inn, Seraya Chalet dan Seraya Homestay

Seraya Inn mempunyai 20 bilik penginapan. Setiap bilik penginapan mempunyai 3 katil supersingle. Dilengkapi dengan kemudahan hawadingin dan televisyen.

Seraya Chalet mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri 3 buah bilik family, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Semua bilik penginapan berhawa dingin dan mempunyai televisyen.

Seraya homestay mempunyai 2 buah bilik yang berhawadingin,1 ruang tamu dan ruang dapur. Kemudahan lain ialah peti sejuk,televisyen,dapur memasak,pinggan mangkuk,periuk nasi dan parking.Memasak hanya dibenarkan dihomestay sahaja. Tidak dibenarkan memasak dikawasan chalet.